Monday, 20 May 2013

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN


Tulis beberapa nilai murni yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

            Esok,  16 Mei merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh Amira. Hari Guru yang akan disambut esok cukup bermakna baginya. Dia ingin meraikan sambutan Hari Guru itu sebagai mengenang jasa dan pengorbanan gurunya. Dia tidak sabar-sabar lagi menantikan kemunculan hari yang penuh bermakna itu.
            Amira berhasrat untuk memberikan sekuntum bunga mawar dan sekeping kad sempena hari tersebut kepada guru kesayangannya, Cikgu Nadia. Amira tahu bahawa gurunya pasti gembira dengan pemberian ikhlas itu. Dia juga sedar bahawa bukan sekadar pemberian sekuntum bunga mawar serta sekeping kad yang menjadi ukuran tanda dia menghormati serta patuh kepada gurunya. Dia juga berazam untuk mematuhi disiplin serta belajar dengan bersungguh-sungguh. Peningkatan prestasi akademiknya dalam semua mata pelajaran UPSR nanti pasti akan membuatkan gurunya menjadi lebih gembira.
            Sambutan Hari Guru tahun ini membuatkan Amira lebih bersemangat demi mencapai cita-cita murni serta impiannya di samping ingin merealisasikan harapan ibu bapa dan guru-gurunya.

Kata nama
Kata bantu
Nilai
Ayat daripada petikan (huraian)
Kita
perlulah
prihatin
Mengingati hari guru
Kita
mestilah
Menghargai jasa
Meraikan sambutan hari guru
Kita
hendaklah
Baik hati
Memberi hadiah kepada guru
Kita
haruslah
rajin
Belajar bersungguh-sungguh
Kita
patutlah
bertanggungjawab
Merealisasikan harapan ibu bapa dan guru-guru

Contoh jawapan:
            Kita perlulah prihatin dengan mengingati hari guru. Selain itu, kita mestilah menghargai jasa guru dengan meraikan sambutan hari guru. Seterusnya, kita hendaklah baik hati dengan memberi hadiah kepada guru kita. Kita haruslah rajin belajar dengan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi akademik. Akhir sekali, kita patutlah bertanggungjawab merealisasikan harapan ibu bapa dan guru-guru.

Saturday, 18 May 2013

BAHAGIAN C : MODUL PERBUATAN DAN NILAI

perbuatan nilai
1 bangun pada pukul 6.00 pagi menepati masa
2 mengemas bilik tidur sendiri berdikari
3 mandi dan menggosok gigi menjaga kesihatan
4 bersalaman dengan ibu bapa bersopan santun
5 membawa bekalan yang disediakan oleh ibu berjimat-cermat  / menghargai
6 membantu kawan-kawan membersihkan bilik darjah bekerjasama
7 mengayuh basikal perlahan-lahan berhati-hati
8 mengucapkan selamat pagi menghormati
9 menyiapkan kerja rumah bertanggungjawab
10 tidak meninggikan suara bersopan santun
11 menyerahkan dompet yang ditemui amanah
12 membasuh kasut sekolahnya sendiri berdikari
13 mengucapkan terima kasih menghargai
14 mengunci pintu berwaspada
15 bergotong-royong bekerjasama
16 mengutip duit bayaran surat khabar jujur
17 tidak melupai jasa ibu bapa mengenang jasa
18 ibu bapa menyayanginya bersyukur
19 berdiri tegak menyanyikan lagu negaraku patriotik
20 menggosok gigi menjaga kesihatan 
21 tiba di sekolah pada pukul 7.00 pagi menepati masa
22 berpakaian kemas mementingkan kekemasan
23 membuang sisa toksik ke dalam sungai menjaga kebersihan
24 menghadiahkan sejambak bunga kepada cikgu menghargai
25 mengulangkaji pelajaran rajin
26 keluar mencari makanan untuk kumpulannya rajin / bertanggunggjawab
27 bersungguh-sungguh menjalankan tugas tekun / rajin / gigih
28 terjatuh ke dalam sungai berhati-hati
29 menjatuhkan sehelai daun agar sang semut dapat berpaut prihatin / menolong / berhati-hati
30 berjaya menyelamatkan dirinya bertindak pantas
31 mengacukan senapang ke arah sang merbuk  belas kasihan
32 menggigit kaki pemburu bijak bertindak / membalas jasa / budi
33 mengucapkan terima kasih menghargai
34 bersahabat baik setia kawan / semangat bermasyarakat
35 menceritakan pengalaman erat persahabatan/ berkongsi pengalaman / ingat-mengingati
36 setiap detik yang dilalui menghargai masa
37 mengunjungi tempat bersejarah patriotik
38 kagum akan keindahan alam semula jadi bersyukur / menghargai alam sekitar
39 kagum akan keindahan alam semula jadi  mencintai alam sekitar
40 meminta kebenaran berhemah tinggi / menghormati guru
41 guru melarang mandi kerana ombak besar bertanggungjawab/ menjaga keselamatan
42 akur akan nasihat patuh 
43 berbaris berdisiplin / mematuhi peraturan
44 membeli barang-barang yang perlu berjimat-cermat / berhemat / bersederhana
45 ingat pesanan ibu patuh / taat
46 membeli cenderamata baik hati / pemurah / prihatin / mengingati
47 rakan-rakan berbilang bangsa bersatu padu / perpaduan kaum
48 mematuhi jadual tugasan patuh / akur / berdisiplin
49 menitikberatkan faktor kebersihan dan keceriaan bertanggungjawab 
50 mendapat rawatan doktor  prihatin
51 memesin rumput menjaga kebersihan
52 aktiviti riadah menjaga kesihatan
53 mencuci kereta rajin 
54 melarang adik patuh arahan
55 jam tangan terhempas ke lantai berhati-hati
56 meminta maaf mengakui kesalahan
57 memaafkan  baik hati / bertoleransi
58 memandu kereta dengan laju mematuhi undang-undang
59 marah sabar
60 anaknya dibawa jiran ke klinik prihatin
61 tidak disukai kawan-kawan kerana suka mengganggu hormati orang lain
62 ponteng sekolah mematuhi peraturan
63 menghabiskan masa di pusat beli belah menghargai masa
64 tidak menyiapkan kerja sekolah bertanggungjawab
65 meniru dan suka bercakap bohong jujur
66 berkawan dengan budak nakal dan menghisap rokok pandai memilih kawan
67 mulai sedar dan insaf mengakui kesilapan
68 tepat jam 3.00 petang menunggu kawan menepati masa
69 melihat ke kiri dan ke kanan jalan berhati-hati
70 membelek-belek buku prihatin
71 bertanya kepada jurujual tentang buku sopan-santun / bertanggungjawab
72 berjanji dengan ibu untuk pulang awal patuh / taat
73 menghadiri kelas tambahan rajin
74 bercuti di rumah datuk menghargai masa
75 kehidupan susah tabah / sabar
76 melayan tetamu dengan mesra menghormati tetamu
77 pandai mempelbagaikan hasil tangkapan rajin
78 aku dilahirkan dalam kemewahan bersyukur
79 basuh tangan / mandi menjaga kebersihan diri
80 beratur di kantin berdisiplin / mematuhi peraturan
81 tidak memperkecilkan orang lain menghormati
82 tidak meminta balasan setelah membantu ikhlas
83 tidak membantah pendapat rakan bertoleransi / menghormati
84 ringan tulang rajin
85 menziarahi kawan yang sakit bersimpati
86 menyimpan wang berjimat-cermat
87 tidak berputus asa bercita-cita tinggi
88 memapah kawan yang terjatuh baik hati
89 membuat tugasan yang diberi bertanggungjawab
90 bercita-cita tinggi berazam

Sunday, 12 May 2013

MENULIS ULASAN


  • Soalan wajib
  • Menulis dalam bentuk  SATU perenggan tentang beberapa pengajaran atau nilai murni yang terdapat dalam petikan yang diberikan.

PANDUAN MENULIS ULASAN


CARA MENJAWAB BAHAGIAN C

v  Baca keseluruhan petikan dan fahami.
v  Gariskan ayat yang ada nilai-nilai murni.
v  Catatkan semua nilai murni yang ada.
v  Tulis dengan ayat sendiri yang lengkap 
       menyatakan keterangan lanjut tentang  
       kepentingannya.
v  Semak jawapan, pastikan ayat mengikut struktur 
      dan gramatis.

MEMBINA 5 AYAT: DI TEPI PANTAI


Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.


1.  Aizat dan adiknya, Ikmal sedang bermain bola sambil   
     mandi manda ketika mereka berkelah di Pantai Teluk 
     Batik.


2. Seorang budak lelaki sedang berlari untuk menaikkan  

     layang-layangnya.

3.  Peniaga aiskrim membunyikan loceng untuk menarik
     perhatian orang ramai.

4.  Encik Rajan dan keluarganya sedang menikmati hidangan yang dibawa dari rumah.

5.  Haziq dan adiknya membina istana pasir dengan menggunakan sebuah baldi.













KARANGAN : BERKELAH


Kamu dan keluarga kamu telah pergi berkelah di satu tempat perkelahan. Tuliskan sebuah catatan tentang perkelahan tersebut.

Ahad , 25 Mei 2008.

7.00 pagi
Pagi-pagi lagi suasana di rumahku sudah riuh. Ini disebabkan adik-beradikku sibuk membuat persiapan untuk pergi berkelah di pantai Port Dickson, Negeri Sembilan seperti yang dijanjikan oleh ayah. Ayah dan ibu sibuk di dapur menyiapkan bekalan makanan yang hendak dibawa.

8.15 pagi.
Kami sekeluarga bertolak dari rumah dengan menaiki kereta Toyota Avanza. Perjalanan ke Port Dickson mengambil masa selama satu setengah jam. Ketika kami
sampai, orang ramai sudah membanjiri pantai Port Dickson.

9.45 pagi.
Ayah mencari tempat yang sesuai untuk kami berteduh di bawah sebatang pokok yang rending. Aku, abang dan adikku pula membantu ibu mengangkat  barang-barang lalu meletakkannya di bawah pohon itu. Ibu pula mula menyusun atur barang dan membuka bekalan yang dibawa.

10.00 pagi.
Selepas menukar pakaian, kami adik-beradik bermandi-manda di kawasan gigi air
sahaja. Sementara itu ayah sentiasa memerhatikan kami dari tepi pantai sebagai langkah berjaga-jaga. Selepas puas bermandi-manda, kami naik ke pantai dan
membina istana pasir bersama-sama pula.

12.15 tengah hari.
Setelah lebih dua jam kami bermandi-manda dan membina istana pasir, kami dipanggil oleh ibu untuk menjamu selera dengan bekalan yang dibawa. Kami makan dengan amat berselera sekali, maklumlah masing-masing sudah kelaparan dan makanan ibu sediakan pula enak-senak belaka. Sambil itu, kami menikmati suasana nyaman pantai Port
Dickson dan melihat gelagat orang ramai yang ada di situ.

3.00 petang.
Setelah berkemas-kemas, kami pun bertolak pulang. Kami berasa gembira dan puas dapat berkelah di situ. Semasa dalam perjalanan pulang, ayah berjanji akan membawa kami berkelah di pantai Port Dickson lagi pada cuti yang akan datang atau jika ada
kelapangan pada masa lain

FAEDAH-FAEDAH PERPUSTAKAAN

         Setiap sekolah pasti dilengkapi dengan perpustakaan yang terdapat pelbagai jenis bahan bacaan seperti  buku cerita, buku ilmiah majalah dan akhbar. Buku-buku cerita yang terdapat di perpustakaan boleh dipinjam dengan menggunakan kad pinjaman.

Kita akan mendapat pelbagai ilmu kerana amalan membaca di perpustakaan dapat
meningkatkan pengetahuan seseorang. Sebagai contoh di perpustakaan, kita boleh membaca buku tentang sains dan teknologi untuk menambah pengetahuan tentang sains. Pengetahuan yang ditimba itu dapat kita gunakan dalam mata pelajaran sains.

Jika kita sering mengunjungi perpustakaan, kita dapat memanfaatkan masa
lapang. Hal yang demikian menjadikan kita tidak membazirkan masa yang terluang. Kita juga tidak terjebak dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti bergaul dengan budak-budak nakal.

Selain itu, perpustakaan boleh dijadikan lokasi pertemuan paling sesuai untuk mengadakan perbincangan berkumpulan. Dengan cara itu, kita boleh bertukar
pandangan sesama ahli dalam kumpulan. Kita juga boleh terus mencari buku  rujukan yang sesuai jika timbul sebarang masalah semasa membuat sebarang latihan,

Perpustakaan juga boleh dijadikan lokasi riadah paling sesuai untuk seisi
keluarga semasa cuti sekolah atau hujung minggu. Selain memperoleh ilmu daripada bahan bacaan yang dibaca, setiap ahli keluarga turut berpeluang bertukar fikiran dan merapatkan hubungan
kekeluargaan.

Sesungguhnya, perpustakaan merupakan gedung ilmu yang perlu dikunjungi oleh setiap pelajar. Kemudahan yang ada di perpustakaan janganlah dipersia-siakan dan haruslah kita menjaga buku-buku yang ada di perpustakaan