Tulis beberapa nilai murni yang boleh kamu peroleh daripada
petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah
perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Esok, 16 Mei merupakan hari yang dinanti-nantikan
oleh Amira. Hari Guru yang akan disambut esok cukup bermakna baginya. Dia ingin
meraikan sambutan Hari Guru itu sebagai mengenang jasa dan pengorbanan gurunya.
Dia tidak sabar-sabar lagi menantikan kemunculan hari yang penuh bermakna itu.
Amira
berhasrat untuk memberikan sekuntum bunga mawar dan sekeping kad sempena hari
tersebut kepada guru kesayangannya, Cikgu Nadia. Amira tahu bahawa gurunya
pasti gembira dengan pemberian ikhlas itu. Dia juga sedar bahawa bukan sekadar
pemberian sekuntum bunga mawar serta sekeping kad yang menjadi ukuran tanda dia
menghormati serta patuh kepada gurunya. Dia juga berazam untuk mematuhi
disiplin serta belajar dengan bersungguh-sungguh. Peningkatan prestasi
akademiknya dalam semua mata pelajaran UPSR nanti pasti akan membuatkan gurunya
menjadi lebih gembira.
Sambutan
Hari Guru tahun ini membuatkan Amira lebih bersemangat demi mencapai cita-cita
murni serta impiannya di samping ingin merealisasikan harapan ibu bapa dan
guru-gurunya.
Kata nama
|
Kata bantu
|
Nilai
|
Ayat daripada petikan (huraian)
|
Kita
|
perlulah
|
prihatin
|
Mengingati hari
guru
|
Kita
|
mestilah
|
Menghargai jasa
|
Meraikan sambutan
hari guru
|
Kita
|
hendaklah
|
Baik hati
|
Memberi hadiah
kepada guru
|
Kita
|
haruslah
|
rajin
|
Belajar bersungguh-sungguh
|
Kita
|
patutlah
|
bertanggungjawab
|
Merealisasikan
harapan ibu bapa dan guru-guru
|
Contoh jawapan:
Kita perlulah
prihatin dengan mengingati hari
guru. Selain itu, kita mestilah menghargai
jasa guru dengan meraikan sambutan hari guru. Seterusnya, kita hendaklah baik hati dengan memberi hadiah kepada
guru kita. Kita haruslah rajin
belajar dengan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi akademik. Akhir
sekali, kita patutlah bertanggungjawab
merealisasikan harapan ibu bapa dan guru-guru.
Bolehlah sy buat niiiiiiiiiiiiiiii trimas
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete