Pada hari Ahad yang lepas, Dania dan ibunya telah berkunjung
ke pameran kraf tangan di Arena Square, Kuala Kangsar. Dania dapat melihat
pelbagai jenis kraf tangan yang cantik di situ. Dania dan ibunya berjalan dari
satu gerai ke gerai yang lain.
Dania dan
ibunya mengunjungi sebuah gerai yang mempamerkan barangan kraf tangan yang
dibuat daripada mengkuang. Dania begitu kagum melihat sebuah bakul mengkuang yang begitu halus buatannya. Ibunya membuat
keputusan untuk membeli botol tersebut memandangkan harganya murah dan
hasil kerjanya menarik.
Selepas itu,
mereka pergi ke gerai yang menjual barangan daripada buluh. Di situ, mereka
melihat pelbagai barangan hasil daripada buluh yang unik. Antara barangan yang
paling menarik perhatian ialah sumpit buluh. Selain itu, bakul, tikar dan beg
pelbagai saiz hasil kerja tangan orang asli turut dipamerkan untuk jualan.
Semua hasil kerja tangan tersebut amat kemas buatannya.
Seterusnya,
Dania dan ibunya beralih ke gerai yang
mempamerkan barangan daripada tempurung. Sudip, sudu dan garfu hiasan serta
bekas bunga adalah antara barangan yang dipamerkan. Walaubagaimanapun, Dania
amat tertarik dengan rantai kunci kerana bentuknya yang kreatif. Atas
permintaan Dania, ibunya telah membeli rantai kunci yang berlainan bentuk untuk
Dania.
Perbadanan
Kemajuan Kraf tangan Malaysia Cawangan Perak (PKKM Caw. Perak) turut membuka
gerai pameran di sini. Antara barangan yang dipamerkan ialah labu sayong, labu
hiasan dan tekat benang emas. Ibu Dania telah membeli sepasang sarung bantal
yang bersulam tekat emas. Keseluruhannya, barangan keraf yang dipamerkan amat
menarik.
Dania dan
ibunya berjalan pulang setelah melawat keseluruhan gerai pameran. Dania
menolong ibunya menjinjing beg plastic berisi barangan yang telah dibeli.
Mereka sampai di rumah lewat petang.
Walaupun
agak penat tetapi Dania berasa sungguh gembira kerana itulah kali pertama dia
mengunjungi pameran kraf tangan. Dia juga berasa gembira kerana ibunya telah
membelikannya rantai kunci yang sungguh cantik. Dania berharap pameran seperti
ini akan diadakan lagi supaya generasi mida sepertinya akan dapat mengetahui
tentang warisan seni yang,’ Tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas’.
Hai
ReplyDeleteGood
ReplyDelete