Sunday, 12 May 2013


FAEDAH-FAEDAH PERPUSTAKAAN

         Setiap sekolah pasti dilengkapi dengan perpustakaan yang terdapat pelbagai jenis bahan bacaan seperti  buku cerita, buku ilmiah majalah dan akhbar. Buku-buku cerita yang terdapat di perpustakaan boleh dipinjam dengan menggunakan kad pinjaman.

Kita akan mendapat pelbagai ilmu kerana amalan membaca di perpustakaan dapat
meningkatkan pengetahuan seseorang. Sebagai contoh di perpustakaan, kita boleh membaca buku tentang sains dan teknologi untuk menambah pengetahuan tentang sains. Pengetahuan yang ditimba itu dapat kita gunakan dalam mata pelajaran sains.

Jika kita sering mengunjungi perpustakaan, kita dapat memanfaatkan masa
lapang. Hal yang demikian menjadikan kita tidak membazirkan masa yang terluang. Kita juga tidak terjebak dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti bergaul dengan budak-budak nakal.

Selain itu, perpustakaan boleh dijadikan lokasi pertemuan paling sesuai untuk mengadakan perbincangan berkumpulan. Dengan cara itu, kita boleh bertukar
pandangan sesama ahli dalam kumpulan. Kita juga boleh terus mencari buku  rujukan yang sesuai jika timbul sebarang masalah semasa membuat sebarang latihan,

Perpustakaan juga boleh dijadikan lokasi riadah paling sesuai untuk seisi
keluarga semasa cuti sekolah atau hujung minggu. Selain memperoleh ilmu daripada bahan bacaan yang dibaca, setiap ahli keluarga turut berpeluang bertukar fikiran dan merapatkan hubungan
kekeluargaan.

Sesungguhnya, perpustakaan merupakan gedung ilmu yang perlu dikunjungi oleh setiap pelajar. Kemudahan yang ada di perpustakaan janganlah dipersia-siakan dan haruslah kita menjaga buku-buku yang ada di perpustakaan

13 comments: